WELCOME BAR

welcome to my page..வணக்கம் வருக வருகselamat datang...

Notes For PISMP (IPG students Only)

PISMP SEM  1
(FPM)

KONSEP ASAS FALSAFAH DAN FALSAFAH PENDIDIKAN
·      Falsafah :
-       Cabang-cabang falsafah
-       Mazhab-mazhab falsafah
·      Falsafah Pendidikan
-       Definisi dan konsep

1.    Konsep Asas Falsafah Pendidikan
-       Falsafah berasal daripada perkataan Greek philos (cinta) dan sophia (bijaksana).
-       Falsafah dimaksudkan sebagai cintakan ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan.
-       Ia merupakan satu pendekatan menyeluruh terhadap hidup dan dunia. Ia juga melibatkan kajian untuk mencari apa yang benar dan bernilai dalam kehidupan.
-       Dibuat dengan merumuskan masalah secara berhati-hati, memberi dan menjustifikasikan penyelesaiannya serta membincangkan keseluruhan prosese tersebut.
-       Soalan-soalan asas yang sering ditanya:
·      Siapakah saya?
·      Dari mana saya datang?
·      Mengapa saya berada di sini?
·      Bagaimanaka caranya untuk saya lalui kehidupan ini?
-       Dengan itu, falsafah adalah kajian mengenai alam semula jadi dan maksud dunia sejagat serta kehidupan manusia.
-       Ia adalah satu set kepercayaan atau sikap terhadap kehidupan yang membimbing tingkah laku individu.
-       Hujah falsafah adalah berdasarkan bukti-bukti yang cukup, tekal dan menyeluruh serta tidak bercanggah.

v      Mengapa falsafah itu penting?
-       Falsafah itu penting kerana ia membentuk pandangan kita terhadap dunia ini, dan menjadi asas kepada keputusan  yang kita buat setiap hari.
v      Apakah pendidikan?
-       Ia adalah proses pengajaran, latihan dan pembelajaran untuk memperbaiki pengetahuan dan membina kemahiran.
-       Ia di ajar secara formal dalam institusi ini atau melalui pengalaman diri.



v      Apakah falsafah pendidikan?
-       Ia adalah kajian mengenai makna, tujuan serta kaedah asas pendidikan atau pembelajaran.
-       Ianya merupakan kajian mengenai kajian tentang semula jadi minda yang serba tahu, semula jadi manusia, soalan mengenai kuasa dan pertalian di antara pendidikan dan masyarakat.

1.1      Falsafah Pendidikan Barat
-       Falsafah pendidikan barat mempunyai asasnya dalam falsafah umum.
-       Falsafah tradisional dan moden berbeza dari segi cara mereka melihat perhubungan di antara matlamat dan kaedah.
-       Falsafah tradisional mengambil-kira bahawa matlamat  adalah di luar kawalan individu.
-       Falsafah moden, menyuarakan bahawa individu boleh menentukan kedua-dua matlamat dan kaedah untuk mencapai matlamat.

1.1.1       Falsafah Pendidikan Tradisional Barat
Mari kita mengkaji dua falsafah pendidikan tradisional barat yang dianggap berkait barat dengan pendidikan kita hari:
A)                     Perennialisme
- Ciri yang mendefinasikan manusia adalah
   rasionaliti. Oleh itu, rasionaliti dan intelek mestilah
   disemai melalui pendidikan.
- Perennialisme percaya bahawa tujuan utama
   pendidikan adalah untuk mengajar nilai dan
   pengetahuan yang berbentuk universal dan tidak
   terhad masa.
- Fokus perenialisme ialah perkembangan diri
-       Orang adalah manusia. Oleh itu, orang perlu diajar mengenai kemanusiaan dahulu, bukan mesin atau teknik
-       Orang itu pertamanya orang, kedua barulah pekerja. Oleh itu, topik-topik liberal harus diajar dahulu sebelum vokasional.
-       Prinsip perlu diajar, bukannya fakta kerana fakta sentiasa berubah
- Guru dilihat sebagai seorang yang berkuasa dalam
   bidangnya. Pengetahuan dan kepakaran tidak boleh
   dipersoalkan.
- Guru sebagai pakar mata pelajaran, ia perlu mahir
   membimbing perbincangan. Guru perlu membangu   
   murid berfikir secara rasional berdasarkan kaedah
   Sokratik.



B) Essentialisme
- Essentialisme melihat kepada apa yang perlu dan       
   penting dalam hidup untuk kehidupan yang
   sempurna   dan baik.
- Essentialisme mengambil kira pendidikan sebagai
   persediaan untuk pekerjaan dan kewarganegaraan.
- E bertujuan memggalakkan perkembangan intelek
   setiap individu dan mendidik seseorang supaya
   menjadi cekap.
- Matapelajaran yang penting adalah membaca,
   menulis, matematik (3M) serta sastera, bahasa
   asing, sejarah, sains, seni, dan muzik.
- Ia juga memberi fokus kepada pengajaran
   kemahiran-kemahiran penting, penguasaan konsep
   dan prinsip.
- Mengikut konsep pengajaran dari mudah ke
   kompleks.
- E mengekalkan sekolah sebagai fungsi akademik.
- Guru sebagai berkuasa dalam mp dan
   pengajarannya.
- Guru bertanggungjawab mengajar nilai-nilai
   tradisional.
- Kurikulum E adalah kurikulum umum.




1.1.2       Falsafah Pendidikan Barat Moden
-       Falsafah pendidikan barat moden terdiri daripada beberapa mazahb
-       Mazhab-mazhab mempunyai talian.
-       Mazhab yang sering disebut-sebutkan termasuk pragmatisme, progressivisme, eksistentialisme, dan rekonstrktionisme.

A)         Progresivisme
-       Progresivisme berkembang daripada pragmatisme (berfikir mengenai penyelesaian masalah dengan cara praktikal dan munasabah).
-       Progessivisme percaya bahawa kebenaran adalah relatif dan tentatif.
-       Oleh itu, kanak-kanak perlu diajar bagaimana cara berfikir dan bukannya apa yang perlu difikirkan untuk membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan perubahan situasi.
-       P beranggapan bahawa manusia secara semula jadi adalah baik.
-       Pandangan Progressivisme
a.    Kurikulum
·      Berdasarkan minat murid
·      Isi kandungan yang interdisiplin
·      Melibatkan aplikasi masalah manusia
·      Menggalakkan pelbagai alternatif yang berkait seperti aktiviti pengalaman, penyelesaian masalah dan kaedah projek.
·      Menekankan pengalaman langsung.
·      Tumpuan kepada pembelajaran aktif dan relevan.
·      Menggunakan pendekatan induktif untuk pengajaran.

b.   Peranan Guru
c.    Peranan Sekolah
  

PBS

 



1.1
PELAN FIZIKAL SEKOLAH






1.2
CARTA ORGANISASI  SEKOLAH





2.1
KEMUDAHAN SEKOLAH






Ruang pembelajaran

     

Peralatan yang disediakan seperti meja guru, kerusi, dan meja untuk pelajar mencukupi dan  selesa. Tambahan juga bahan ABM seperti LCD digunakan di setiap kelas tetapi tiada OHP. Papan kenyataan di setiap kelas penuh dengan maklumat-maklumat pelajaran, jadual waktu dan sebagainya. Terdapat juga sudut bacaan di setiap kelas dan ia memudahkan para pelajar menambahkn ilmu pengetahuan mereka. Kemudahan elektrik seperti lampu, kipas juga berfungsi dengan baik.

Dewan
Sekolah ini tidak mempunyai dewan. Oleh kerana bangunan baru sedang dibina, penradbiran sekolah mengharapkan dewan kuil untuk menjalankan aktiviti sekolah.

 




Kantin
Kantin sekolah ini sentiasa kelihatan bersih dan selesa. Tong sampah disediakan di penjuru kantin untuk pelajar membuang sampah dan sisa makanan. Doa makan juga dilekat pada syiling kantin agar pelajar tidak lupa untuk berdoa sebelum makan. Kata-kata hikmah juga tidak dilupakan untuk meletak di kantin. Pengawas bertugas sentiasa bertugas pada masa rehat untuk mengawasi pelajar. Makanan RMT juga disediakan untuk pelajar. Pengurusan kantin berjalan lancar dan sistematik.












Padang

 








Sekolah tidak mempunyai padang yang selamat. Malahan mereka menggunakan padang kuil sementara waktu.
Pusat sumber
Sekolah ini tidak mempunyai pusat sumber. Pelajar hanya menggunakan sudut bacaan sebagai rujukan mereka.

Makmal sains
Makmal sains juga belum disediakan oleh pihak pengurusan lagi. Mereka menyimpan bahan-bahan eksperimen di kabinet-kabinet kelas.

Makmal komputer
Sekolah ini tidak mendapat peruntukan lagi untuk menyediakan makmal komputer untuk pelajar-pelajar.






2.2
MURAL SEKOLAH




Keceriaan sekolah merupakan salah satu aspek untuk menarik perhatian semua. Selain itu, mural sekolah memuaskan. Dinding sekolah ini lengkapi mural yang berbentuk kartun. Mural sepatutnya berkaitan dengan nilai-nilai murni dan tokoh-tokoh yang terkenal. Mereka perlu memberi keutamaan kepada moral yang berkaitan dengan nilai-nilai estetika.










2.3
Kata-kata hikmah












Kata-kata hikmah di sekolah ini amat memuaskan. Semua dinding dan kelas di hias dengan pelbagai kata-kata hikmah. Sebagai contoh, nilai-nilai murni, rela memimpin pendidik Negara, membaca meluaskan minda dan sebagainya. Kata-kata hikmah di buat dalam pelbagai bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Tamil. Pihak sekolah telah mengaplikasikan dan menghayati Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan sepenuhnya. Ini dapat dilihat melalui kata-kata hikmah yang barkaitan dengan rohani dan emosi.




2.4
Nilai-nilai murni










Budaya sekolah merangkumi pakaian seragam yang dipakai oleh murid-murid pada waktu persekolahan. Mereka wajib memakai pakaian seragam yang ditetapkan. Murid mestilah memakai pakaian seragam dalam semua acara sekolah kecuali dengan kebenaran Guru Besar atau wakilnya. Murid mestilah memakai pakaian yang sesuai untuk Pendidikan Jasmani. Semasa aktiviti unit beruniform, permainan kelab atau persatuan, murid hendaklah memakai pakaian seragam khas yang ditetapkan atau seragam sekolah. Pakaian seragam unit beruniform dipakai setiap hari Rabu bagi tahap dua.Tiap-tiap murid dimestikan memakai lencana dan tanda nama yang dilekatkan disebelah kiri baju. Murid dibenarkan memakai kasut kanvas yang berwarna putih sahaja. Kasut kulit, kasut berbelang, sandal, selipar tidak dibenarkan di sekolah. Stokin pula haruslah berwarna putih. Bagi murid yang memakai pinafore berwarna biru tua haruslah labuh dibawah kepala lutut manakala murid yang memakai kain biru tua haruslah labuh di bawah buku lali. Baju blouse pula haruslah berwarna putih dan bertangan pendek manakala bagi baju kurung pula haruslah berwarna putih pada paras lutut. Bagi murid Islam, mereka harus memakai kain tudung yang berwarna putih. Bagi pengawas pula mereka dikehendaki memakai kain dan tali leher yang berwarna merah.  
Murid-murid dinasihatkan berambut pendek. Jika rambut panjang melebihi paras bahu mestilah diikat dengan menggunakan reben hitam atau biru tua. Rambut mestilah sentiasa disikat dengan kemas dan tidak menutupi dahi. Murid dilarang menggayakan fesyen rambut serta dilarang mewarnakan rambut. Kuku hendaklah sentiasa pendek dan tidak diwarnakan dengan apa jua jenis kosmetik. Murid tidak dibenarkan memakai sebarang perhiasan seperti cincin, gelang dan anting-anting semasa di sekolah.     
Ibu bapa atau penjaga hendaklah mengisi BUKU KEBENARAN MURID PULANG AWAL di pejabat sebelum meninggalkan kawasan sekolah. Murid tidak dibenarkan keluar kelas mengikut sesuka hati. Hanya dua orang murid sahaja dibenarkan keluar dalam satu masa. Murid yang ingin keluar dari kelas hendaklah mendapatkan TAG KEBENARAN KELUAR daripada guru berkenaan serta digantungkan di leher. Murid yang keluar dari kelas tanpa kad kebenaran akan dianggap ponteng kelas dan akan dikenakan tindakan disiplin.
Tatatertib dan kesopanan juga merupakan salah satu budaya sekolah. Semua murid dihendaki meghormati Guru Besar, guru-guru dan kakitangan sekolah. Semua murid dikehendaki bertutur dalam Bahasa Melayu dengan sepenuhnya serta Bahasa Inggeris juga digalakkan. Sebelum loceng dibunyikan murid-murid tidak dibenarkan berada dalam kelas kecuali pelajar yang bertugas. Semua pelajar bertanggungjawab menjaga alat-alatan dalam kelas. Ketua kelas mestilah melaporkan kepada guru tingkatan dengan segera jika berlaku sebarang kerosakan. Semasa pembelajaran sedang berjalan murid tidak dibenarkan keluar dari kelas tanpa kad kebenaran. Jika guru tiada di dalam kelas, murid boleh minta kad kebenaran dari ketua kelas. Murid yang hendak masuk ke dalam kelas di mana guru sedang mengajar dikehendaki mengetuk pintu terlebih dahulu dan meminta kebenaran masuk. Murid-murid harus memberi hormat kepada Guru Besar, Penolong Kanan, Penyelia dan guru-guru bila mereka memasuki kelas.
Sekolah ini banyak memainkan peranan dalam membina nilai-nilai murni di kalangan pelajar-pelajar.




















2.5
Rukun Negara





  • Kepercayaan kepada Tuhan
  • Kesetiaan kepada Raja dan Negara
  • Keluhuran Perlembagaan
  • Kedaulatan Undang-undang
  • Kesopanan dan Kesusilaan

PENJELASAN PRINSIP RUKUN NEGARA
Kepercayaan kepada Tuhan
Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali. Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat. Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.
Keluhuran Perlembagaan
Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankankeluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semu pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat di negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan denga sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat.
Kedaulatan Undang-Undang
Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapat bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasas selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak-hak dari kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.
Kesopanan dan Kesusilaan
Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.














2.6
Falsafah pendidikan kebangsaan





Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang disuratkan pada tahun 1987 berbunyi:-
"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan kearah perkembangan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara"
Falsafah Pendidikan ini menjurus ke arah mencirikan insan dan warganegara yang baik dengan mengemukakan ciri-ciri:
a.    Percaya dan patuh kepada tuhan
    1. Berilmu pengetahuan
    2. Berakhlak mulia
    3. Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara.
    4. Berbakti dan memberi sumbangan kepada masyarakat, agama. Bangsa dan negara.
    5. Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu.
Keseimbangan dan keharmonian yang terdapat dalam FPN akan dapat dicapai jika nilai-nilai murni ini dapat direalisasikan melalui kurikulum (khususnya dalam pendidikan formal dan tidak formal) supaya ilmu pengetahuan akan dapat diperkembangkan sebagai khalifah Allah dimukabumi ini, manusia hendaklah menyeru dan menyedarkan sesama manusia yang lain.




2.7
Bilik darjah




Ruang pembelajaran bilik darjah sentiasa dalam keadaan yang selesa dengan lenkapi dengan kemudahan. Saya dapat memerhati kelengkapan yang terdapat di kelas. Peralatan yang disediakan seperti meja guru, kerusi, dan meja untuk pelajar mencukupi dan  selesa untuk mereka. Tambahan juga bahan ABM seperti LCD digunakan di setiap kelas tetapi tiada OHP. Papan kenyataan di setiap kelas penuh dengan maklumat-maklumat pelajaran, jadual waktu dan sebagainya. Terdapat juda sudut bacaan di setiap kelas dan ia memudahkan para pelajar menambahkn ilmu pengetahuan mereka. Kemudahan elektrik seperti lampu, kipas juga berfungsi dengan baik.







3.1
Sukatan Pelajaran

















3.2
Buku Rekod Pengajaran Guru





3.3
Sumber Pengajaran-Pembelajaran




                    Saya mendapat tahu bahawa pengajaran merupakan aktiviti yang bertujuan mendatangkan pembelajaran, iaitu satu perubahan tingkah laku dan kelakuan semua individu. Pada pendapat mentor encik manoring,  seorang guru perlu berfikir tentang murid, proses pengajaran dan situasi pembelajaran bagi membolehkan pembelajaran berlaku secara berkesan. Beliau mengatakan bahawa perkaitan antara pengajaran dan pembelajaran begitu rapat sekali. Dengan kata lain, kedua-dua proses pengajaran dan pembelajaran adalah saling berkait. Ketika membincangkan pengajaran, perihal pembelajaran juga akan disentuh. Adalah amat sukar untuk menghuraikan pengajaran tanpa mengambil kira pembelajaran dan sebaliknya. Oleh itu, sistem pengajaran dan pembelajaran saling berkaitan dan dapat dijalankan pada masa yang sama dalam kelas.

                        Pada pendapat mentor, encik manoring terdapat beberapa bahan yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Beliau telah menggunakan lcd sebagai alat bantu mengajar untuk mengajar murid-murid dengan lebih berkesan. Beliau telah membuat suatu perancangan dan persediaan yang rapi sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran. Beliau telah merancang beberapa aktiviti yang memang berkesan kepada murid-murid, terutamanya tahap dua (tahun 4 dan tahun 5). Aktiviti-aktiviti yang dirancang dan dipamerkan oleh beliau dalam pemaparan lcd, adalah sangat kreatif dan bersesuaian dengan murid-murid tahap dua. Bab-bab yang diajar oleh beliau bagi tahun 4 dan 5 pada hari itu, berasaskan pakaian-pakaian yang berlainan jenis dan tentang binatang-binatang. Sebelum memasuki kelas, beliau telah memuat turun gambar-gambar binatang dan pakaian dari internet.internet merupakan suatu sumber pengajaran yang paling berkesan.  Pada masa yang sama, beliau juga telah mengkategorikan gambar-gambar itu mengikut nama dan menyediakan beberapa paparan (power point). Setelah memasuki kelas, beliau telah mengajar bab-bab tersebut, berpandukan paparan yang disediakan.ini telah menarik perhatian murid-murid.mereka sangat tertarik dengan paparan yang ditunjukkan dengan pelbagai jenis gambar. Melalui pemantauan saya, murid-murid sangat berminat untuk belajar dalam kelas beliau. Beliau juga telah menyediakan beberapa soalan dalam paparan itu. Saya telah membantu beliau untuk memanggil murid-murid yang ingin menjawab soalan-soalan tersebut. Respons murid-murid di dalam kelas itu adalah amat memuaskan. Beliau juga mengatakan bahawa, beliau pernah menggunakan alat bantu mengajar yang lain seperti carta, graf, peta, spesimen, model gambar, slaid, radio, perakam pita, video, televisyen dan sebagainya. Menurut beliau, penggunaan lcd adalah suatu cara yang paling berkesan. Cara pengajaran beliau, menyebabkan beliau digelar sebagai ‘guru cemerlang’ pada tahun 2005. Saya sebagai seorang guru pelatih, amat tertarik dengan cara pengajaran beliau.setelah melihat caranya, saya berniat untuk mengajar murid-murid dengan cara beliau pada masa akan datang.

                    Saya juga telah menjadi pemantau dan pembantu dalam kelas pn. Jayanthy (rabu) yang mengajar matematik untuk murid-murid tahun 4 kamban. Pada hari itu, beliau mengajar bab penolakan. Beliau telah menggunakan bahan-bahan fotostat sebagai bahan pengajaran. Beliau mengambil bahan-bahan itu, daripada buku-buku  yang berkualiti tinggi. Beliau menyediakan satu salinan dalam kertas ohp. Pengajaran beliau adalah berdasarkan ohp dan bahan fotostat. Beliau telah menulis beberapa kemahiran matematik (penolakan), dalam kertas ohp itu dan menerangkannya kepada murid-muridnya. Soalan-soalan berkaitan bab tersebut, juga telah disediakan dalam bahan fotostat itu. Saya telah membantu guru, untuk mengedarkan bahan-bahan fotostat itu. Murid-murid telah diberi masa untuk menjawab soalan-soalan selepas penerangan diberikan oleh guru. Saya mendapat tahu bahawa murid-murid menghadapi masalah untuk menjawab soalan-soalan matematik tersebut. Ini mungkin disebabkan, murid-murid tidak memberi perhatian yang sepenuhnya semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.saya mengambil tahu bahawa perhatian murid-murid ini, adalah kurang berbanding perhatian yang diberikan dalam kelas pemaparan lcd.
                    Dengan ini boleh dirumuskan bahawa penggunaan lcd dalam pengajaran adalah lebih berkesan daripada penyampaian ohp. Penggunaan lcd dapat membantu murid memahami konsep yang abstrak dengan lebih jelas.

                    Bahan dan sumber pengajaran pembelajaran yang mudah digunakan oleh murid-murid adalah bahan seperti buku teks, bahan bercetak, radas dan komputer. Semasa saya membantu mentor melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas, saya memerhati apakah bahan yang biasa digunakan oleh murid-murid. Terdapat buku teks dan bahan bercetak selalu digunakan oleh murid-murid sebagai bahan pembelajaran. Kadang kala guru mereka akan membawa mereka ke bilik komputer dan menggunakan lcd.
                    Saya dapat melihat perbezaan semasa mengajar di dalam bilik komputer dengan menggunakan LCD dan semasa mengajar di dalam kelas seperti biasa. Murid-murid lebih suka dan menumpukan perhatian mereka semasa berada dalam bilik komputer. Mereka lebih gemar jika guru mengajar dengan menggunakan lcd berbanding mengajar dalam kelas seperti biasa. Murid-murid lebih aktif dan seronok melibatkan diri dalam setiap pembelajaran yang dijalankan dalam bilik komputer.ini dapat dibuktikan apabila saya telah menjadi pemantau dan pembantu dalam kelas En. Manoring (Guru Bahasa Inggeris).semasa pemaparan LCD oleh beliau, murid-murid lebih berminat dan berfokus kepada pekara yang diajar.ini mungkin disebabkan oleh teknologi (lcd) canggih yang dilengkapi dengan 3 aspek iaitu, gambar, bunyi dan animasi.ketiga-tiga aspek inilah yang menjadi punca utama murid-murid menumpukan perhatian yang sepenuhnya terhadap pengajaran di dalam kelas. En. Manoring telah mencipta beberapa soalan yang merangkumi tiga aspek itu. Beliau telah memuat turun dari internet beberapa gambar binatang-binatang dengan animasi masing-masing.murid-murid diminta untuk mengenal pasti binatang-binatang mengikut bunyi paparan LCD (power point).saya telah membantu beliau untuk mengendalikan paparan tersebut.penglibatan murid-murid semasa menjawab soalan-soalan beranimasi ini, sangat menggalakkan. Jadi, pemaparan LCD merupakan bahan dan sumber pengajaran yang mudah digunakan oleh muid-murid kerana dilengkapi dengan animasi, bunyi dan gambar-gambar.
            Bahan pembelajaran juga amat penting dalam sesuatu pengajaran. Kebanyakan guru di sekolah menggalakkan buku teks atau bahan-bahan bercetak  sebagai bahan pembelajaran. Ini merupakan satu tindakan yang kurang baik. Menurut kajian saya di Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Wellesley, kebanyakan murid tidak berminat untuk menjadikan buku teks atau bahan-bahan bercetak sebagai bahan pembelajaran.
Saya telah menjadi pembantu dan pemantau dalam kelas Puan Jayanthy dan En. Manoring. Saya dapat membezakan tahap kefahaman murid-murid di kedua-dua kelas itu megikut bahan pembelajaran. Puan jayanthy telah menggunakan bahan-bahan bercetak (fotostat) sebagai bahan pembelajaran dalam kelasnya (tahun 4 kamban) pada hari rabu. Beliau mengambil beberapa nota dan latihan dari sumber-sumber tertentu untuk fotostat. Seterusnya, beliau mengedarkan bahan-bahan bercetak itu kepada murid-murid. Proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan oleh beliau menerusi bahan-bahan bercetak itu.manakala, En. Manoring pula telah membawa murid-muridnya, tahun 5 kamban ke makmal komputer. Beliau telah membentuk beberapa nota dan soalan bahasa Inggeris serta masukkannya dalam komputer-komputer di sana. Penerangan telah diberikan menerusi komputer di sana. Dalam kelas itu setiap murid dibenarkan untuk menggunakan sebuah komputer. Murid-murid menjawab soalan-soalan dengan menggunakan komputer-komputer itu. Jadi, komputer digunakan sebagai bahan pembelajaran di dalam kelas En. Manoring. Menurut pemantauan saya di dalam kedua-dua kelas, saya didapati kebanyakan murid di dalam kelas En. Manoring dapat memahami soalan dalam komputer dan menjawabnya dengan tepat sekali. Malah, murid-murid dalam kelas puan norazian kurang memahami soalan-soalan dan bersikap malas untuk menjawab soalan-soalan dalam bahan bercetak itu.
Pada pendapat saya, komputer merupakan bahan pembelajaran yang mudah digunakan oleh murid-murid dan akan meningkatkan tahap pemahaman seseorang pelajar. Ini disebabkan kerana komputer merupakan satu alat yang canggih dan dapat menarik perhatian murid-murid dengan fungsinya. Sejak kebelakangan ini, murid-murid juga berasa bosan dengan bahan-bahan bercetak atau bahan-bahan fotostat. Malah mereka lebih inginkan sesuatu yang baru dan dapat mencergaskan minda mereka. 
               Situasi ini juga berlaku kerana murid-murid selalu terdedah kepada bahan pengajaran yang sama seperti buku teks dan bahan fotostat, mereka sudah tidak berminat lagi dengan situasi dalam kelas yang sama. Mereka memerlukan situasi yang berbeza untuk menumpukan perhatian dan melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Situasi yang berbeza dan menarik akan menggalakkan murid-murid untuk belajar dengan bersungguh-sungguh.
                    Menurut pengalaman saya di dalam bilik darjah, komputer merupakan sumber pembelajaran yang sangat penting dalam pengajaran. Jadi, pihak kerajaan memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan kemudahan komputer di sekolah. Pihak kerajaan kita juga telah banyak berusaha untuk meningkatkan kemudahan-kemudahan di sekolah seperti membina bilik komputer dan menggalakkan penggunaan LCD semasa pengajaran dan pembelajaran, tetapi masih terdapat sekolah-sekolah yang tiada kemudahan-kemudahan seperti ini. Pihak kerajaan harus mewujudkan kemudahan-kemudahan seperti ini di sekolah-sekolah pedalaman. Setiap kelas di sesebuah sekolah perlu mempunyai skrin putih dan setiap kelas mesti mempunyai lcd. Ini akan membantu guru-guru menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih mudah. Guru-guru tidak perlu bersusah-payah membawa murid-murid ke bilik komputer.






















3.4
Kokurikulum